THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, April 29, 2011

Antara Suka dan Tak Suka

Ada orang pernah tanya aku. Apa yang aku suka dan tak suka. Aku tak pernah cakap. Sebab aku nak korang sendiri tau. Tapi kali ni aku baik sikit sebab nak bercerita.

Perkara Yang Aihara Tak Suka
  •  Aku paling tak suka kalau ada orang paksa-paksa aku
  • Aku tak suka kalau perasaan aku or my friends dipermainkan
  • Aku tak suka orang yang merokok(nak mati,mati sorang-sorang)
  • Aku tak suka orang yang hipokrit
  • Aku tak suka kawan yang tikam belakang

5 perkara kat atas tu adalah yang paling utama. Kalau dah ada yang tak suka, mesti ada yang suka, kan..

Perkara Yang Aihara Suka
  • Aku suka sangat kenakan kawan-kawan aku(haha)
  • Aku suka bergurau
  • Aku suka nak mendengar(pendengar yang setia lorh)
  • Aku suka belit-belitkan ayat
  • Aku suka nak menang

Sebenarnya ada banyak yang aku suka. Cuma aku tak tau nak utamakan yang mana. Ada satu benda lagi yang aku lupa nak bagitau korang. Kalau aku dah suka tu, aku akan suka sangat-sangat. Sama la jugak dengan tak suka. Tapi aku boleh berubah bila-bila masa je. Sebab..? Aku punya suka la(haha).

    Tuesday, April 26, 2011

    Love This Words

    Aku suka betul dengan ayat ni.


    Cinta tak boleh dibeli kerana cinta tak dijual,tapi cinta akan diberi secara percuma kepada sesiapa yang tahu menghargainya.

    Ni kawan aku la cakap. Bukan aku(mana pandai nak bermain dengan kata-kata). Aku memang suka dengan ayat tu. Cinta tak dijual, kan.. Tapi diberi secara percuma. Cuma aku nak tambah sikit la kat ayat tu. Percuma tak bermakna tak perlu bayar. Bayar tu perlu. Dalam dunia ni mana ada benda yang percuma. Bayaran dia? Sedikit usaha dan kesabaran dalam memiliki cinta tersebut.

    Yela kan. Macam mana kita nak bagi cinta percuma kat orang. Kalau kita tak tahu orang tu hargainya ke tak. Well, kenapa aku cakap macam tu? Sebab cinta aku dah terbagi kat orang la(haha). Tu pun atas hasil usaha dia sendiri. Macam aku cakap, dalam dunia ni tak ada apa pun yang percuma. Semua perlu usaha dan sabar.

    Sunday, April 24, 2011

    Beginning of The New Story

    Mulanya aku tak mengenalinya(dah aku tak pernah jumpa dia). Kemudian aku mengenalinya dari sebuah laman chating. Di situ bermulanya sebuah kisah baru dalam hidup aku. Dengan kuasa veto Nisa dan Dazyie a.k.a kawan baru, mereka memaksa aku dengan dia menjadi pasangan(dia sempat berebut dengan Dazyie). Apa yang aku lakukan? Diam sudah..

    Hari yang berikutnya. Dia bertanyakan aku. Sanggupkah aku menjadi pasangan dia yang betul?(propose dalam laman chating tu juga). Entah ada yang perasan ke entah tidak. Sebab dalam laman chating tu ada member yang lain juga. Apa jawapan aku?Entah la..

    Beberapa hari kemudian. Dia selalu telefon aku malam-malam(sampai mama marah suruh tido). Bila kitorang bercakap, satu pun tak masuk akal. Banyak yang merepek dari yang fakta. Dia kata dia suka bercakap dengan aku(entah apa yang bestnya). Aku pula suka je melayan. Reaksi aku terhadap dia? Biasa-biasa je..

    Hari ini. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Dalam hati aku macam ada taman baru je(poyo je). Aku tak tahu nak buat macam mana. Aku tak harap pun perasaan ni datang balik. Tapi dia berjaya buat aku rasainya semula. Katanya dia akan tunggu aku. Keadaan aku? Pening-pening memikirkannya..

    Bertanya pendapat dari orang lain. Sejak aku dapat rasai perasaan tu, aku mula bertanya. Beberapa orang aku dah tanya terutama TEETTEET dan TEET(mana boleh bagitau siapa). Diorang kata: "Kau terima je la." Sebenarnya aku dah agak dah tu jawapannya. Saja aku nak tanya juga(haha). Keputusan aku? Ini la dia..

    Kepada Muhammad Fadli a.k.a 7. Macam yang 7 minta sebelum ni. 7 nak Aihara mengaku dengan mulut Aihara sendiri. Maaf la Aihara tak dapat nak mengaku dengan mulut sendiri. Sebab ego Aihara tinggi sangat(huhu). Cuma yang Aihara dapat katakan kat sini..

    Thank you because waiting for me. Now I ADMIT that I'M FALL IN LOVE WITH YOU.

    P/s: Jangan tanya balik apa yang Aihara cakapkan sebab Aihara mungkin akan tukar 
            jawapannya(huhu).

    Friday, April 22, 2011

    My Feeling..?

    Nak cakap ke tak? Nak bagitau ke tak? Sebenarnya kan, kan, kan...Err..Tak payah cakap la.... Okay, okay, aku cakap.

    Aku dapat rasakan sesuatu yang aku tak nak rasa. Rasa apa? Segan la nak cakap(malu-malu tenuk pulak). Aku rasa aku dah ada perasaan tu lagi sekali. Hari ni orang tu dah berjaya. Orang tu dah buat aku tak menentu. Orang tu berjaya curi hati aku.

    Tapikan, aku tetap menafikan perasaan aku ni. Aku tak nak mengaku pun yang aku dah ada perasaan ni kat dia. Sebab aku takut perkara yang sama akan berlaku lagi. Bukan aku nak cakap yang dia sama macam pakcik tu, cuma aku tak ada keyakinan untuk...(tau-tau je la).

    Dia tak pernah paksa aku. Dia sabar dengan kerenah gila aku. Akhirnya aku ternampak daya penariknya dan aku rasa aku dah pun tertarik padanya. Tapi, tapi, tapi..

    Aku tetap nak menafikannya. Mungkin sebab aku belum bersedia sepenuhnya. Kalau dia betul-betul ikhlas, tunggu la. Tapi aku tak janjikan apa-apa. Sebab aku tetap nak menafikan perasaan ni. Dah, dah. Aku tak nak cerita lebih-lebih. Cukup sampai situ je.

    Tapikan, cerita punya cerita, orang dia pun korang tak tahu(huhu). Belum masanya tuk aku bagitau siapa dia. Yang pasti dia tahu yang aku sedang bercerita tentangnya.

    P/s: Sekarang ni pun mesti kau tengah membaca cerita aku. Kan? Kan? Kan?(hahaha).

    Thursday, April 21, 2011

    Aihara Loves To Hear Not To Talk

    Aku ni selalu jadi mangsa. Mangsa buli? Mangsa keganasan? Apa korang ingat aku ni budak kecil ke nak kena buli? Ke orang dok kat negara berperang? Bukan pasal tu la. Okay-okay, aku cerita sekarang.

    Aku selalu dijadikan mangsa sebagai tempat orang meluahkan perasaan(tak kisah pun). Tak kira la pagi ke, tengah hari ke, petang ke, malam ke, tengah malam ke... Aku akan dicari oleh mereka-mereka yang ada masalah tu. Aku tak marah pun sebenarnya. Malah aku suka sangat. Sebab korang percaya kat aku. Walaupun korang tau aku bukannya boleh tolong. Tapi korang tetap juga cari aku.

    Senang cerita la. Aku hargai apa yang korang buat tu. Secara tak langsung, aku rasa seperti aku dihargai(bangga sudah). Dan korang tak perlu risau sebab rahsia korang sentiasa selamat dengan aku. Cuma kalau ada sebab-sebab tertentu je. Aku terpaksa ceritakan. Tu pun sebab nak selamatkan rahsia korang dari terbongkar semuanya(sorry ya).

    Kadang-kadang tu ada juga yang tanya aku. Kau ni tak ada masalah ke? Asyik dengar masalah orang je. Siapa kata aku tak ada masalah? Aku ada je masalah cuma korang tak perlu tahu apa masalahnya. Sebab aku tak nak menyusahkan korang semua dan aku tahu korang pun ada masalah juga. So tak perlu aku susahkan korang dengan masalah aku lagi(betul kan?).

    Tambahan pula aku ni dah jadi orang tengah tanpa gaji. Bukan nak mengungkit. Cuma aku minta satu je dari korang. Kalau dah bahagia tu, jangan lupa aku sudah la. Hahaha..

    Wednesday, April 20, 2011

    Happy For Everyone

    Aku suka senyum. Aku suka gelak. Aku suka kacau orang. Aku suka buat orang ketawa(tak tau la kalau ada yang marah dengan aku). Bagi aku, aku nak semua orang happy. Sebab tu aku kena happy dulu sebelum menghappykan orang lain. Sampaikan ada yang kata aku ni happy-go-lucky(thank you).

    Happy ke aku sehappy yang korang nampak? Tak de la happy mana pun. Aku happy untuk korang je. Cukup la aku nampak korang happy bila aku happy(ayat putar belit). Aku bukan lagi macam dulu. Boleh happy dengan ikhlasnya. Maaf la kalau happy aku kali ni tak macam dulu(macam korang perasan perbezaannya). Aku penat nak sorok kesedihan aku dengan happy. Tiap kali aku senyum, tiap kali tu la aku akan menangis. Tapi, korang jangan risau. Aku akan sentiasa happy tuk korang(macam la korang kisah).

    Tuesday, April 19, 2011

    Why Hate Me So Much??

    Aku tak tahu kenapa dia benci sangat kat aku. Padahal dulu aku orang yang dia sayang. Mungkin betul apa yang orang lain cakap. Jangan terlalu sayang kerana nanti jadi benci. Jangan terlalu benci kerana nanti jadi sayang. Adakah bermakna lepas ni dia akan sayang aku balik?.... Blah la wei. Apa dia ingat dia sorang je boleh benci aku? Aku pun boleh benci dia la. Cuma aku tak nak je. But ingat la, selagi aku masih boleh sayang dia, aku akan terus sayang dia. Walau apa pun orang lain nak cakap. Kalau dia boleh benci aku. Aku boleh sayang dia. Kalau boleh, aku akan tunaikan janji aku kat dia. Just remember that.

    Monday, April 18, 2011

    What Happen To Aihara When She Been Too Nice

    Okay, aku jujur yang aku ni sangat mesra dengan semua orang. Kalau aku tak mesra, dah lama aku maki-maki orang(macam berani je). Memang aku mesra dengan semua orang sebab aku suka berkawan. Terutama sekali dengan kaum Adam(kalau dah aku ni tomboi, mesti la ramai kawan lelaki). Tapikan, ada yang salah faham dengan kemesraan aku terhadap diorang.

    Antaranya adalah TEETTEET dan TEET(bodoh la tu kalau letak nama diorang). Sebenarnya ramai lagi, tapi yang ni yang terbaru. Aku penat la kalau macam ni jadinya setiap kali aku buat kawan baru. Aku cuma nak berkawan je. Tak lebih dari tu. Tolong la faham. Jangan buat aku jadi serba salah dengan perasaan yang korang sendiri cipta. Takkan ada sikit pun perasaan aku untuk menganggap korang lebih dari seorang kawan. Kalau aku terima salah seorang dari korang pun, itu tak bermakna. Sebabnya hati aku masih lagi kat dia(siapa eh?). Dan sebab lain ialah aku tak nak terikat pada mana-mana lelaki pun. Aku nak usyar lelaki lain(gurau je).

    Jadi,aku nak minta maaf sangat-sangat kat mereka yang dah tersalah faham dengan kemesraan aku. Aku tahu salah seorang dari korang faham apa yang aku cuba sampaikan ni. Tapi kau jangan buat ayat yang boleh buat aku jadi serba salah lagi eh. Lagi sekali aku nak minta maaf. Aihara Hinata memang mesra dengan semua orang dia kenali. Ingatlah itu adalah fakta(poyo suda).

    Sunday, April 17, 2011

    When Aihara Speaking

    Yawn... Hari ni aku ada temu duga kat UiTM untuk course pengajian sukan. Dari pukul 8pagi sampai la pukul 5petang(lama tu). Mula-mula macam biasa la, sesi temu duga kesukaan aku FITNESS!! Bagi aku, fitness ni dah sebati dalam diri aku. Dah biasa tapi, mula-mula tu cuak la juga. Kut-kut aku kena buat fitness dengan budak-budak atlet. Sekali rupanya diorang tu kebanyakannya budak-budak sains sukan je(wat mengelabah je). Kurang la sikit mengelabah aku. Secara tak langsung, aku jumpa yang spesis macam aku. Apa yang aku cuba sampaikan ialah budak-budak perempuan yang minat anime, kartun, komik dan segala bagai yang aku minat sekarang ni(syok habis tu). Bukan senang nak jumpa budak yang macam tu kat sekolah, kan?

    Dipendekkan cerita, aku buat pakatan memekak kat sana(haha). Apa ujian yang aku buat kat sana? Kalau aku cakap pun, macam korang tau je apa benda tu. Jom kita gerak ke sesi temu duga yang kedua.

    Yang ni aku langsung tak berkenan. Nak ditemu ramah oleh para panel(bajet je). Kalau setakat temu ramah dan aku balas dalam bahasa melayu tak apa. Ni aku terpaksa speaking. Diulangi, speaking. Adoyai. Kesian para panel tu dengar aku speaking. Entah betul entah tak. Nak sangat kan dengar aku speaking. Hah, ambik kau, macam budak tadika bercakap(huhu). Erk, teruk sangat ke aku speaking tu? Sebenarnya, tak ada la teruk sangat pun. Aku boleh je speaking. Saja buat gempak(hehe). Apa-apa pun, pengalaman aku ditemu duga tu memang aku tak boleh lupakan. Seronok je sebenarnya. So, doakan aku terpilih untuk course tu ye.

    Saturday, April 16, 2011

    Konnichiwa To My New Friends

    Ngee.. Aku jumpa kawan-kawan baru kat laman chating. Tak sangka aku boleh berkawan dengan diorang(haha). Seronok kowt kawan dengan diorang. Oh, lupa pula nak kenalkan diorang tu kat korang.


    • Nisa
    Dia bukan Nisa teakwondo tu tau. Dia Nisa lain. Nama sebenar tak diketahui lagi. Umur dia 16tahun. Beza tu dengan Nisa yang korang kenal. Aku nak cerita pasal Nisa ni pun tak banyak sebab aku terlupa nak tanya pasal diri dia(hehe). Yang aku tau, dia ni gila-gila sikit macam aku or maybe ada sebab lain dia jadi macam tu(tak yah cite la).Memang syok kenal dengan dia sebab dia kelakar and pandai sesuaikan diri dengan kitorang.


    • Se7en
    Nama sebenar dia Muhammad Fadli. Tapi aku lagi suka panggil dia 7. Dia sebaya dengan aku. Dia nie pun satu geng dengan Nisa tu, gila-gila. Tapi yang geramnya bila chat dengan dia, dia suka senyap. Senyap sebab apa? Dia dah masuk dalam dunia dia. Dunia DOTA(laki ni memang tak de keje lain ke?). Memang selalu kena marah la jawabnya(huhu).


    • Dazyie
    Nama sebenar dia Eiyzad Dazyie(ntah betul ntah tak nama dia tu). Tapi aku panggil dia Daz. Sebaya dengan aku and 7. Merupakan pasangan Nisa(betul ke? Haha). Daz ni sekali tengok macam malu-malu je bila chat dengan kitorang. Tapi suka berpakat dengan 7 buli aku(huhu). Dia nie orang Sarawak tau.


    • Aihara
    Yang nie pula aku. Aku gelarkan diri aku Ai. Orang yang paling banyak cakap kat dalam chating tu. Aku punya tugas membawa 7 keluar dari dunia DOTA dia tu(haha). Kadang-kadang aku kenakan Daz dengan Nisa.

    Rasanya tu je la kut yang aku boleh ceritakan pasal kawan-kawan baru aku tu. Aku bukannya kenal rapat pun dengan diorang, cuma sampai sekarang kitorang masih lagi berhubung. Kumpulan kitorang dalam laman chating tu pun bukannya ramai mana, kitorang berempat je(huhu). Nanti kalau ada cerita baru pasal diorang, aku cerita la, kay..

    Friday, April 15, 2011

    You deserve it!!

    Aku memang tak sangka yang dia akan kena secepat tu. Padan muka dia. Dah ada yang setia, nak cari yang lain. Sekali yang dikejar tu mainkan dia pula. Padan muka dia sekali lagi. Eh, eh.. Siapa orang tu? Korang tau la dia siapa kan orang tu. So, tak payah la aku ceritakan siapa dia tu. Sekarang ni aku tak tahu dia dengan siapa pula. Yang aku tahu dia frust jugak la dapat tahu orang yang dia kejar mainkan dia. Lagi sekali, padan muka. Aku minta sangat yang dia akan kekal macam tu sampai la dia minta maaf kat aku. Heh.. Macam kejam la pulak. Eh, siapa yang kejam sebenarnya?Dia, okay.. Secara jujurnya aku nak cakap kat depan dia. PADAN MUKA. Huh, konfem dia terkejut. Tu pun kalau dia tu jenis sedar diri. Haha..