THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, November 30, 2011

Sweet Memory

Aku terlupa nak cerita kisah menarik. Hari tu iaitu pada 17/10 yang lepas, dia datang ke rumah aku. Senang cerita dia datang untuk berjumpa dengan bakal mak mentua dia(haha). Doa-doakan la aku dengan dia eh. Sambung balik cerita. Memandangkan dia first time datang ke rumah aku, dengan sukarelanya aku pergi ambil dia kat KL Sentral(tempat perpisahan kalau balik dari Mid). Dalam masa yang sama, kawan mama aku pula nak datang juga(menyibuk je =P). Kesian dia sebab sorang-sorang je laki kat dalam rumah aku tu nanti(abah tak ada).

Bila kitorang dah sampai rumah aku, dan mama aku pula yang sambut kitorang, aku nak kenalkan la dia kat mama, aku tengok dia dah lari(=.=). Sepanjang dia duduk dalam rumah tu, dia senyap je. Tak banyak bunyi pun. Bak kata mama, dia malu-malu gitu(haha). Yang lagi gempak, masa time makan. Huish, sempat lagi tangan dia cucuk-cucuk pinggang aku. Depan mama pula tu. Memang berani mati betul la dia ni.

Lepas makan, dia bisik kat aku. Dia ajak aku keluar pergi Mid(date yang tak dirancang). Yang syoknya, bukannya dia nak cakap dengan mama walaupun mama ada depan mata. Last-last aku juga yang cakap yang dia nak ajak aku keluar dekat mama. And of course mama bagi greenlight(janji jaga aku elok-elok). Masa nak keluar tu, ada perkara yang menyebabkan aku rasa seronok dan gembira. Dia cakap macam nie "Mama, Fadli balik dulu ye."(lebih kurang la). Apa yang aku cuba nak sampaikan di sini adalah sebutan 'mama' oleh dia. Wee.. Gaya macam dah tunang je, minta izin balik kat bakal mak mentua.

Sesungguhnya dia memang sangat berani sebab datang jumpa mama. But dia tak berkesempatan nak jumpa dengan abah(sebab kerja). Lagipun abah sendiri pun tak tahu yang anak dia yang sorang ni tengah hangat bercinta(haha). Sebab kisah aku dengan dia hanya mama yang banyak tahu. Mungkin belum masanya untuk aku temukan dia dengan abah. Tapi kalau aku temukan dia dengan abah mau kena kutuk 7 keturunan aku ni. Ye la kan. Masak pun tak pandai, belajar pun tak habis lagi, dah gatal-gatal berkapel(hohoho).

So, begitulah cerita aku. Cerita aku disudahi dengan date tak dirancang oleh kitorang di Mid. Dan kitorang masih lagi bersama walaupun kini aku berada di Arau,Perlis untuk menyambung pelajaran. Begitu juga dia nanti, belajar di Behrang, Perak(actually dekat sangat dengan kampung belah abah). Jangan sampai aku selalu balik sana tiba-tiba dah la(huhu). Last but not least, terima kasih Muhammad Fadli sebab sudi datang ke rumah. Dan for my mom,terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk bertemu face to face dengan bakal menantu mama. Insyaallah...

Thursday, November 24, 2011

Tujuh adalah Segalanya

Akhirnya berlalu juga nightmare aku. Pada tarikh ini telah membuktikan aku dengan dia telah bersama selama 7bulan. Malah telah menambahkan keyakinan aku sedikit dalam hubungan ini. Dulu aku dengan orang tu cuma bertahan selama 6bulan. Tapi dengan dia, sudah 7bulan aku bersama. Dia sangat baik sebab bertahan dengan perangai aku ni. Walaupun pada mulanya ada sedikit masalah dalam perhubungan aku dengan dia, hal tu aku dapat selesaikan. Adat la dalam setiap hubungan ada pergaduhan, pergolakan. Tapi terpulang pada diri kita untuk mengatasinya.

Aku sayang dia sangat-sangat. Dia banyak bawa perubahan dalam hidup aku. Aku tahu aku tak sempurna, tapi dengan adanya dia, aku dapat rasa diri aku menjadi lengkap. Bagi aku perkara yang lepas elok dijadikan pengalaman hidup. Dan kerana pengalaman yang lepas, kini aku menjadi lebih tabah untuk mengatasi segala rintangan bersama dengan dia. Terima kasih.

Just for you my dear.. Sayang harap sangat hubungan kita berkekalan. Mencintaimu memberikan diriku kekuatan. I love you so much Muhammad Fadli.