THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 29, 2012

Your Blog is My Story

Aku suka membaca.Terutama komik. Kalau dah dapat baca tu, memang tak berhenti la. Boleh khatam 2-3 kali tu. Mak aku cakap, kalau buku pelajaran aku baca macam tu, konfem aku pandai giler. Tapi masalahnya buku pelajaran tak macam komik, ada gambar-gambar, ada dialog, ada konflik, macam-macam lagi la. Dan lagi satu benda yang aku suka baca ialah blog. Aku suka cara penyampaian cerita dalam blog orang.

Kalau ikutkan, aku suka baca blog dia banyak kali walaupun dia susah sangat nak update blog. Tiap kali aku baca blog dia, aku mesti tersenyum depan lappy. Sebenarnya tak banyak pun yang dia update. Cuma dia selalu update pasal diri dia dan pasal aku je(ahaks). Aku suka cara dia menceritakan tentang diri aku. So sweet you know(^_^). Aku harap yang dia akan terus update blog dia.

P/S: Ternanti-nanti cerita baru dalam blog awak. Rajin-rajin la update ye...

Tuesday, January 17, 2012

Meoww-meoww

Disebabkan semalam aku cerita pasal kucing, hari ni pun aku nak cerita pasal kucing lagi. Cuma kali ni aku akan fokuskan pasal perangai si Hitam dan si Sasuke. Satu-satunya hero dan heroin aku. Takkan ada pengganti mereka.

Okay.. Hitam ni aku dah bela dia sejak dia kecil lagi. Tak silap aku dalam umur dia 8bulan. Time tu pun aku still lagi sekolah rendah. Time dia kecil, Hitam agak comel. Mata bulat, badan kecil. Tapi bila dah besar, perangai macam setan, ikut perangai tuan dia(hahahaha!).

Semua jenis kucing yang aku bela tak pernah tidur dalam rumah. Diorang akan tidur di luar. Sama juga dengan Hitam. Tapi Hitam ni kes special sikit. Muka memang tak reti malu. Buat rumah orang macam rumah sendiri. Ikut suka je nak duduk atas sofa, guling-guling gitu. Sampai naik berbulu sofa tu dia duduk. Punya la hangin mak aku tengok dia. Cuma bila time aku ada je la dia naik setan ni. Kalau aku tak ada, tak adanya dia buat perangai. Muka suci tak bersalah je kalau korang pandang. Mak aku kata kucing muka innocent tapi perangai....(mak aku memang geram giler la ngan Hitam ni).

Ada satu kes yang memang menyebabkan aku kadang-kadang mengamuk dengan dia. Suka sangat punggah sampah. Cita-cita nak jadi pengutip sampah agaknya. Kalau dia punggah sampah yang kat luar rumah tak pe la. Ni sampah dalam rumah yang dia punggah. Memang bergegar la rumah tu aku menjerit mengamuk kan. Dia memang pandai ambil kesempatan. Bila orang leka je, mula la dia. Mula-mula dia akan duduk depan pintu rumah, kemudian dekat dengan sofa, gerak ke depan pintu bilik aku pula. Lepas tu..."Klatang". Tandanya itu dia dah berjaya menyelinap ke dapur dan memunggah sampah. Lepas mengerjakan benda yang dia dapat dalam tong sampah tu, dia masuk balik dalam rumah, lepak atas sofa sambi jilat-jilat bulu. Muka tu tak payah cakap la, muka tak bersalah.

Pasal Sasuke pula, dia ni agak unik bagi aku. Ada korang pernah tengok kucing pondan tak? Mesti tak pernah kan. Tapi Sasuke ni adalah salah satu darinya. Masa aku letak namanya sebagai Sasuke, aku harapkan yang dia akan jadi macam Sasuke Uchiha dalam cerita Naruto tu. Cool, smart, ego. Dah kata kucing jantan. Sekali, lain yang diharapkan, lain yang dapat. Dengan manjanya, menggediknya, penakutnya. Haish.. Punah harapan aku. Kadang-kadang tu naik rimas tengok dia berperangai macam tu(sabar je la).

Mereka berdua adalah anak beranak. Disebabkan mereka anak beranak, mungkin Hitam dah mengajar Sasuke siapakah musuh utama mereka berdua. Yup, dalam ramai-ramai orang yang ada dalam rumah aku tu, hanya bapak aku saje yang diorang takut. Tak payah tunggu nampak muka la, dengar bunyi motor bapak aku tu pun dah cukup cuak bagi diorang. Bapak aku ni pulak memang suka sergah-sergah diorang. Memang lagi takut la kan. Agak-agak korang bakal menantu pun takut jugak tak ngan bapak aku nie?(hehe).

Persamaan yang aku suka pada mereka berdua adalah sifat memahami. Memang aku tak nafikan yang tak mungkin kucing boleh memahami apa yang kita cakapkan pada mereka, tapi kalau korang sendiri nampak yang kucing korang turut menangis ketika korang nangis, apa korang nak cakap? Yes, kedua-dua kucing aku pernah menangis untuk aku kerana time tu aku menangis. Dan bila aku perlukan seseorang untuk aku ceritakan sesuatu yang menyedihkan, diorang akan ada. Pernah sekali Hitam memujuk aku disebabkan aku hanya menangis tanpa berkata apa-apa. Aku bagaikan diminta oleh Hitam untuk menceritakan masalah aku. Lepas je aku ceritakan kat dia dan ucapkan terima kasih sebab temankan aku, dia pergi. Memang seolah-olah dia datang hanya semata-mata untuk mendengar masalah aku. Sasuke juga begitu. Mungkin disebabkan Sasuke tu jantan, so dia kurang memahami, but dia still cuba untuk memujuk aku.

Well, tu la serba sedikit tentang Hitam dan Sasuke. Sebenarnya, banyak je telatah diorang yang membuatkan aku sentiasa happy dan terhibur. Dan ketika mereka ada, aku rasa aku tak perlukan pakwe pun(serius ni) untuk berkongsi perasaan. Cukuplah hanya ada diorang je. But bila diorang dah tak ada, aku rasakan dunia aku tak complete. Terlalu perit untuk aku terima kenyataan bahawa diorang dah tak ada. Tapi aku redha dengan kematian diorang. Hitam dan Sasuke sentiasa tersemat di hati aku sampai mati.

Monday, January 16, 2012

Meoww

Hari ni terasa macam nak bercerita pasal kucing pula. Sebenarnya aku terbuka website pasal kucing. Aku tengok kucing-kucing diorang sangat comel. So, aku teringat kembali pasal kucing kesayangan aku, Hitam. So, cerita ni mungkin akan panjang. Kalau tak nak baca sampai habis, baik jangan baca terus.

Well, actually aku dah banyak bela kucing. Dari aku duduk kat rumah lama lagi. Time tu nama kucing yang aku suka letak ialah Comel dan Jojo. Tapi kucing aku banyak mati disebabkan cina belakang rumah aku tu suka sangat bubuh racun dekat pokok-pokok dia yang menarik minat kucing aku nak makan. Time aku nak pindah Subang, aku ada bawa kucing dari rumah lama. Mungkin disebabkan aku bawa dia ke tempat baru, dia agak culture shock sikit. Terus dia lari dari rumah(haha).

Kemudian aku ada bela kucing baru dengan memakai nama yang sama. Perangai dia pelik sikit. Asal bapak aku start enjin kereta je, mesti dia pun join masuk sekali. Dia ingat kitorang nak bawa dia jalan-jalan kowt(=.=). Tapi aku kehilangan dia masa dekat kampung. Siapa punya idea la suruh bawa kucing balik kampung...

Dipendekkan cerita, asal aku bela kucing je, mesti takkan kekal lama. Aku tak kisah kalau kucing tu hilang sebab kucing tu melarikan diri. Tapi yang aku paling anti adalah bila ada orang culik kucing yang aku bela. Time aku kutip kucing-kucing tu memang aku tak nafikan yang kucing tu comot, jijik, kotor dan... Korang mesti tak sanggup pegang la. Tapi bila dah comel, dah manja, cute miut, senang-senang je korang rembat kan. Dan-dan tu jugak la korang ngaku tu kucing korang.

Kucing last yang aku bela adalah kucing hitam. Dari jauh memang korang akan nampak la kehitaman dia. Sangat terserlah. Kucing tu adalah paling lama aku bela. Siap beranak pinak lagi tu. Asal kucing tu tak hilang? Agak-agak korang ada tak sape-sape yang nak bela kucing hitam legam macam tu? Dah la tak comel langsung(mak aku cakap la).

Actually memang aku mengaku Hitam aku tak comel. Muka pun agak panjang. Tapi dia ada kelebihan dia tersendiri. Dia sangat setia. Dia takkan pergi pada orang lain walaupun korang hulur makanan dekat dia. Dan dia juga kenal suara aku. Hanya aku je yang boleh panggil atau menjerit nama dia balik rumah.

Yang paling aku tak tahan ialah perangai "Queen" dia. Perangai tu cuma muncul bila aku ada dan bapak aku tak ada je. Dia akan buat rumah aku macam rumah dia. Tidur atas sofa, baring atas sofa, lepak atas sofa. Kadang-kadang mak aku naik menyampah dengan perangai dia sebab bila aku tak ada, tak de pula dia nak masuk rumah, apatah lagi nak ke sofa tu. Sampaikan mak aku datang bawa penyapu suruh dia keluar pun, dia boleh buat muka bederk dia tu.

Except for my father. Dia sangat takut dengan bapak aku sebab bapak aku suka takutkan dia(huhu)Dengar je bunyi motor bapak aku balik dari kerja, berdesup dia keluar menyorok bawah kereta. Dah la malam, nampak biji mata je la dia kat bawah kereta tu.

Hitam aku ni ada hobi pelik sikit. Korang bagi la banyak mana pun makanan, tapi dia tetap akan punggah sampah jugak(terutama sampah kat dapur rumah aku tu). Memang mak aku akan hangin la dengan dia tiap-tiap hari. Dan bila masa dia punggah kat dapur tu, kitorang sendiri tak tahu. Sedar-sedar dia dah terbalikkan tong sampah kecil atas singki. Thumbs up untuk Hitam(hahahaha).

Walaupun dengan mata kasar kita nampak Hitan itu hitam, tapi tak semestinya dia buruk. Apa yang aku cuba maksudkan, banyak kucing yang terpikat pada dia adalah kucing jenis siam dan parsi. Confirm la anak-anak dia pun dari golongan kucing siam dan parsi. Sumpah sangat comel. Dan anak-anak dia pun terikut perangai mak dia. Takkan dekat dengan orang lain. Tapi yang sedihnya, anak dia tak pernah hidup lama. Mak aku cakap aku tak sesuai bela kucing sebab asyik mati je. But Hitam tu boleh pula hidup lama. Siap beranak pinak lagi tu. Hitam tu bukan kucing ke?

Dan anak dia yang terakhir yang aku bela adalah Sakura dan Sasuke. Hah? Kenapa Sakura dan Sasuke? Aku punya suka la. Sebenarnya ada lagi 3ekor, tapi diorang tiba-tiba je MIA. Sakura nie sangat comel. Muka bulat plus kecil gitu je. Adik kepada Sasuke. Sakura kacukan kucing parsi sebab badannya yang pendek dan berbulu lebat. Bulunya putih bertompok belang.

Sasuke pula(=.='')... Buat malu je nak cerita. Muka dia iras mak dia. Abang Sakura. Sasuke kacukan siam sebab badannya yang agak panjang tapi berbulu lebat. Bulunya juga putih bertompok belang. Dan aku menyampah dengan dia sebab sifatnya yang "Pondan" tu. Adoyai, sakit jiwa tengok dia lari lintang-pukang bila kena serang dengan anak kucing.

Aku sayang mereka bertiga. Hinggalah satu hari, Hitam dah tak muncul-muncul dekat rumah aku bila Sakura dan Sasuke mati. Sebelum ni dia memang jarang balik rumah. Aku tak kisah sangat sebab dalam seminggu tu aku akan nampak dia lepak dekat rumah. Sampaikan mak dan bapak aku bertanyakan aku mana Hitam. Sejak dia hilang, aku sentiasa tunggu kepulangan dia. Kadang-kadang tu aku akan memanggil-manggil nama dia.Kut-kut la dia ada dengar yang aku panggil dia.

Itulah last aku bela kucing. Kesetiaan Hitam pada aku buatkan aku tak mencari kucing lain. Sebenarnya aku masih lagi berharap kepulangan dia. Rumah aku sentiasa terbuka untuk dia. Serius sedih giler aku bila cerita kisah si Hitam ni. Banyak yang dia dan Sasuke dah buat dalam hidup aku. Lain kali je la aku ceritakan.

Sunday, January 1, 2012

For the First Year

Pada kali pertama untuk tahun ni aku sambut tahun baru dekat Arau, Perlis tanpa keluarga(macam aku sambut tahun baru je sebelum ni). Kenapa aku ada dekat Arau pada tahun baru? Sebab U aku tak cuti untuk tahun baru. Jadi dengan rasa malas aku balik ke sana. Tapi merasai pengalaman menyambut tahun baru di tempat lain bukannya ada beza pun. Cuma ada benda lain yang aku nak sampaikan sebenarnya(hehe).

Untuk tahun ni, aku tidak berseorangan. Aku ada teman. Tak macam tahun lepas. Tahun baru yang penuh kedukaan(tak nak ingat! Tak nak ingat!). Banyak perkara yang dah berlaku pada tahun lepas yang banyak mengajar aku. Dan juga telah mematangkan pemikiranku(ye ke?). Anyways tak ada benda yang aku nak cakapkan sebenarnya. Ouh, lupa nak bagitahu apa azam tahun baru aku.

Azam tahun baru aku untuk tahun ni adalah aku nak tunaikan azam tahun lepas aku. Hahaha..Azam juga tu kan? Aku tak pernah ada azam la. Sebab aku tahu yang aku tak akan tunaikannya nanti. Cuma aku nak buat yang terbaik daripada tahun yang sebelum ni je. Lagi satu, tinggal lagi 10hari je lagi nak birthday aku. Jangan lupa wish tau(gedik). Hehe...