Disebabkan semalam aku cerita pasal kucing, hari ni pun aku nak cerita pasal kucing lagi. Cuma kali ni aku akan fokuskan pasal perangai si Hitam dan si Sasuke. Satu-satunya hero dan heroin aku. Takkan ada pengganti mereka.
Okay.. Hitam ni aku dah bela dia sejak dia kecil lagi. Tak silap aku dalam umur dia 8bulan. Time tu pun aku still lagi sekolah rendah. Time dia kecil, Hitam agak comel. Mata bulat, badan kecil. Tapi bila dah besar, perangai macam setan, ikut perangai tuan dia(hahahaha!).
Semua jenis kucing yang aku bela tak pernah tidur dalam rumah. Diorang akan tidur di luar. Sama juga dengan Hitam. Tapi Hitam ni kes special sikit. Muka memang tak reti malu. Buat rumah orang macam rumah sendiri. Ikut suka je nak duduk atas sofa, guling-guling gitu. Sampai naik berbulu sofa tu dia duduk. Punya la hangin mak aku tengok dia. Cuma bila time aku ada je la dia naik setan ni. Kalau aku tak ada, tak adanya dia buat perangai. Muka suci tak bersalah je kalau korang pandang. Mak aku kata kucing muka innocent tapi perangai....(mak aku memang geram giler la ngan Hitam ni).
Ada satu kes yang memang menyebabkan aku kadang-kadang mengamuk dengan dia. Suka sangat punggah sampah. Cita-cita nak jadi pengutip sampah agaknya. Kalau dia punggah sampah yang kat luar rumah tak pe la. Ni sampah dalam rumah yang dia punggah. Memang bergegar la rumah tu aku menjerit mengamuk kan. Dia memang pandai ambil kesempatan. Bila orang leka je, mula la dia. Mula-mula dia akan duduk depan pintu rumah, kemudian dekat dengan sofa, gerak ke depan pintu bilik aku pula. Lepas tu..."Klatang". Tandanya itu dia dah berjaya menyelinap ke dapur dan memunggah sampah. Lepas mengerjakan benda yang dia dapat dalam tong sampah tu, dia masuk balik dalam rumah, lepak atas sofa sambi jilat-jilat bulu. Muka tu tak payah cakap la, muka tak bersalah.
Pasal Sasuke pula, dia ni agak unik bagi aku. Ada korang pernah tengok kucing pondan tak? Mesti tak pernah kan. Tapi Sasuke ni adalah salah satu darinya. Masa aku letak namanya sebagai Sasuke, aku harapkan yang dia akan jadi macam Sasuke Uchiha dalam cerita Naruto tu. Cool, smart, ego. Dah kata kucing jantan. Sekali, lain yang diharapkan, lain yang dapat. Dengan manjanya, menggediknya, penakutnya. Haish.. Punah harapan aku. Kadang-kadang tu naik rimas tengok dia berperangai macam tu(sabar je la).
Mereka berdua adalah anak beranak. Disebabkan mereka anak beranak, mungkin Hitam dah mengajar Sasuke siapakah musuh utama mereka berdua. Yup, dalam ramai-ramai orang yang ada dalam rumah aku tu, hanya bapak aku saje yang diorang takut. Tak payah tunggu nampak muka la, dengar bunyi motor bapak aku tu pun dah cukup cuak bagi diorang. Bapak aku ni pulak memang suka sergah-sergah diorang. Memang lagi takut la kan. Agak-agak korang bakal menantu pun takut jugak tak ngan bapak aku nie?(hehe).
Persamaan yang aku suka pada mereka berdua adalah sifat memahami. Memang aku tak nafikan yang tak mungkin kucing boleh memahami apa yang kita cakapkan pada mereka, tapi kalau korang sendiri nampak yang kucing korang turut menangis ketika korang nangis, apa korang nak cakap? Yes, kedua-dua kucing aku pernah menangis untuk aku kerana time tu aku menangis. Dan bila aku perlukan seseorang untuk aku ceritakan sesuatu yang menyedihkan, diorang akan ada. Pernah sekali Hitam memujuk aku disebabkan aku hanya menangis tanpa berkata apa-apa. Aku bagaikan diminta oleh Hitam untuk menceritakan masalah aku. Lepas je aku ceritakan kat dia dan ucapkan terima kasih sebab temankan aku, dia pergi. Memang seolah-olah dia datang hanya semata-mata untuk mendengar masalah aku. Sasuke juga begitu. Mungkin disebabkan Sasuke tu jantan, so dia kurang memahami, but dia still cuba untuk memujuk aku.
0 comments:
Post a Comment