THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 26, 2011

He Screaming Like a Girl

Semalam sangat seronok. Untuk kali pertamanya aku date dengan dia dekat Times Square(good bye Midvalley for a moment). Masa dulu aku selalu berharap yang aku dapat bawa seseorang yang aku sayang ke sana. Yela kan, selalu nampak pasangan couple je. Aku juga yang single time tu. Tapi kali ni tercapai juga hasrat aku. Aku berjaya membawa seseorang yang aku sayang ke sana. Dan baru aku sedar dia sebenarnya gayat(=.=).

Dia menjerit mengalahkan perempuan. Terutama masa main roller coaster dan yang pusing macam blender tu(tak ingat nama permainan tu). Time tu aku terasa macam aku ni lelaki dia tu perempuan. Aku diam, dia menjerit. Macam pelik je kan. Orang pun tengok kitorang semacam je. Dia pun aku tengok macam dah mabuk tapi buat-buat cool je. Mesti la dia kena cool sebab aku time tu dah mabuk. Mabuk sehari sebelum keluar dengan dia tu still ada lagi(keluar dengan Belle dan Mila). Dan yang paling haru adalah bila aku ajak dia masuk rumah hantu yang ada kat dalam tu(T^T). Dia boleh gelakkan aku sebab takut. Sabar je la bila ada pakwe yang suka menyakat ni kan..

Dalam pada masa yang sama kitorang sempat lagi tengok wayang(tak dapat tengok Alvin!!). Kitorang pilih tengok cerita Songlap. Agak mengantuk juga la cerita tu. Aku rasa bila aku keluar dengan dia pergi TS, lagi banyak masa kitorang terluang bersama. Dan aku dapat dengar sesuatu yang aku nak dengar dari mulut dia(tapi aku buat blur je time tu). Sebenarnya agak kesian dekat dia sebab dia kena balik hari Isnin ni, tapi hari sebelum tu dia kena layan kerenah gedik + manja + degil aku ni. Mesti penat kan? Hehe..


Anyways, thank you Muhammad Fadli sebab meluangkan masa yang ada untuk sayang. Walaupun pada mulanya sayang merengek tak nak balik. Sebab lepas ni bukan senang kita nak jumpa kan. I love you Muhammad Fadli.

Tuesday, December 20, 2011

Gosip

Kalau bab bergosip, mengumpat ni cuba bagi aku. Aku memang terer bab-bab ni. Maklum la aku ni kan ada ramai infomer yang terer-terer. Tapi kan, gosip yang aku nak cerita ni kan adalah pasal aku. Aku telah digosipkan dengan seseorang!!! Oh gosh!! Kenapa aku mesti digosipkan dengan orang tu? Aku dengan orang tu tak pernah bertegur kut. Memang la aku dengan orang tu selalu satu kelas, tapi kebanyakan kelas aku dengan orang tu tak sama. Dan bertambah peliknya budak-budak laki yang mulakan gosip tu. Nak kata aku ada rapat dengan mana-mana laki rasanya cuma si ketua je la. Orang lain just biasa-biasa je.

Gosip ni dikatakan orang tu suka aku?! Dan ada yang kata orang tu sendiri yang kata suka aku(=.=). Kesian laki aku. Mana aku nak campak dia? Maaf la orang tu. Aku tak layan. Dalam hati aku cuma ada laki aku tu je(hehe). Anyways, gosip tu dah makin berkurang sejak kebelakangan ni. Bagus la kalau macam tu. Boleh giler aku kalau gosip tu masih berleluasa.

Monday, December 12, 2011

Jealous

Jealous a.k.a jeles ni bukannya dari perasaan aku. Perasaan ni datang dari dia. Ceritanya macam ni. Masa hari Sabtu yang lepas, macam biasa aku tunggu dia balik main futsal(time tu dah pukul 1.00 am lebih). Sampai tertidur-tidur aku tunggu dia. Bila dia balik dia terus sms aku. Aku dah agak mesti dia akan sms aku even time tu pukul 3.00 am sekalipun. And then tiba-tiba ada nombor yang tak dikenali call aku(siap suruh aku main teka-teka pula tu).

Tapi aku sentiasa ingat suara orang. So, aku dapat agak siapa yang call tu. Kawan lama aku, Faris. Disebabkan aku dah lama tak jumpa dan sembang dengan dia, aku jadi excited(sampai lambat balas sms dia). Dalam masa yang sama dia pun ada call. Tapi aku tak angkat. Bukan sengaja tak nak angkat tapi aku takut nanti aku dah tak dapat contact dengan Faris lagi. Sampai 6 kali dia call tapi aku tetap tak angkat.And then panggilan aku dengan Faris terputus. So, aku ambil peluang sms dia balik(cakap hal yang sebenar). Elok je lepas aku hantar sms tu, Faris call aku balik. Jadi aku sambung sembang. Time tu juga la dia call. But aku tetap tak angkat.

Kemudian dia hantar sms. Dari sms tu aku dapat rasa yang dia jeles. Lepas habis sembang, aku hantar sms kat dia. Aku dapat sms bahawa phone dia off. Aku try call dia untuk pastikan. Memang dia off phone. Bertambah kuat la tekaan aku bahawa dia jeles(selalunya dia akan bagitahu kalau dia nak off phone). Pagi esoknya aku call dia lagi. Cara dia cakap macam nak tak nak je. Aku tak boleh nak buat apa. Aku letak je la phone.

Berapa minit lepas tu aku dapat sms dari dia, "Untunglah kawan telefon sampaikan pakwe sendiri call tak nak angkat"(lebih kurang macam tu la ayatnya). Akhirnya aku minta maaf dan pujuk dia balik. For the first time aku dapat nampak dengan jelas yang dia jeles. Selama ni dia tak pernah tunjuk pun even dia jeles time tu. Sometimes aku agak terasa sebab aku rasa dia macam tak kisah pun. Tapi pada hari Sabtu tersebut, telah terbukti dia sayangkan aku.

Maafkan sayang andai kata sayang ada buat abang terasa or jeles tanpa sayang sedar. You always in my heart.