THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 12, 2011

Jealous

Jealous a.k.a jeles ni bukannya dari perasaan aku. Perasaan ni datang dari dia. Ceritanya macam ni. Masa hari Sabtu yang lepas, macam biasa aku tunggu dia balik main futsal(time tu dah pukul 1.00 am lebih). Sampai tertidur-tidur aku tunggu dia. Bila dia balik dia terus sms aku. Aku dah agak mesti dia akan sms aku even time tu pukul 3.00 am sekalipun. And then tiba-tiba ada nombor yang tak dikenali call aku(siap suruh aku main teka-teka pula tu).

Tapi aku sentiasa ingat suara orang. So, aku dapat agak siapa yang call tu. Kawan lama aku, Faris. Disebabkan aku dah lama tak jumpa dan sembang dengan dia, aku jadi excited(sampai lambat balas sms dia). Dalam masa yang sama dia pun ada call. Tapi aku tak angkat. Bukan sengaja tak nak angkat tapi aku takut nanti aku dah tak dapat contact dengan Faris lagi. Sampai 6 kali dia call tapi aku tetap tak angkat.And then panggilan aku dengan Faris terputus. So, aku ambil peluang sms dia balik(cakap hal yang sebenar). Elok je lepas aku hantar sms tu, Faris call aku balik. Jadi aku sambung sembang. Time tu juga la dia call. But aku tetap tak angkat.

Kemudian dia hantar sms. Dari sms tu aku dapat rasa yang dia jeles. Lepas habis sembang, aku hantar sms kat dia. Aku dapat sms bahawa phone dia off. Aku try call dia untuk pastikan. Memang dia off phone. Bertambah kuat la tekaan aku bahawa dia jeles(selalunya dia akan bagitahu kalau dia nak off phone). Pagi esoknya aku call dia lagi. Cara dia cakap macam nak tak nak je. Aku tak boleh nak buat apa. Aku letak je la phone.

Berapa minit lepas tu aku dapat sms dari dia, "Untunglah kawan telefon sampaikan pakwe sendiri call tak nak angkat"(lebih kurang macam tu la ayatnya). Akhirnya aku minta maaf dan pujuk dia balik. For the first time aku dapat nampak dengan jelas yang dia jeles. Selama ni dia tak pernah tunjuk pun even dia jeles time tu. Sometimes aku agak terasa sebab aku rasa dia macam tak kisah pun. Tapi pada hari Sabtu tersebut, telah terbukti dia sayangkan aku.

Maafkan sayang andai kata sayang ada buat abang terasa or jeles tanpa sayang sedar. You always in my heart.

0 comments: