THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 26, 2011

He Screaming Like a Girl

Semalam sangat seronok. Untuk kali pertamanya aku date dengan dia dekat Times Square(good bye Midvalley for a moment). Masa dulu aku selalu berharap yang aku dapat bawa seseorang yang aku sayang ke sana. Yela kan, selalu nampak pasangan couple je. Aku juga yang single time tu. Tapi kali ni tercapai juga hasrat aku. Aku berjaya membawa seseorang yang aku sayang ke sana. Dan baru aku sedar dia sebenarnya gayat(=.=).

Dia menjerit mengalahkan perempuan. Terutama masa main roller coaster dan yang pusing macam blender tu(tak ingat nama permainan tu). Time tu aku terasa macam aku ni lelaki dia tu perempuan. Aku diam, dia menjerit. Macam pelik je kan. Orang pun tengok kitorang semacam je. Dia pun aku tengok macam dah mabuk tapi buat-buat cool je. Mesti la dia kena cool sebab aku time tu dah mabuk. Mabuk sehari sebelum keluar dengan dia tu still ada lagi(keluar dengan Belle dan Mila). Dan yang paling haru adalah bila aku ajak dia masuk rumah hantu yang ada kat dalam tu(T^T). Dia boleh gelakkan aku sebab takut. Sabar je la bila ada pakwe yang suka menyakat ni kan..

Dalam pada masa yang sama kitorang sempat lagi tengok wayang(tak dapat tengok Alvin!!). Kitorang pilih tengok cerita Songlap. Agak mengantuk juga la cerita tu. Aku rasa bila aku keluar dengan dia pergi TS, lagi banyak masa kitorang terluang bersama. Dan aku dapat dengar sesuatu yang aku nak dengar dari mulut dia(tapi aku buat blur je time tu). Sebenarnya agak kesian dekat dia sebab dia kena balik hari Isnin ni, tapi hari sebelum tu dia kena layan kerenah gedik + manja + degil aku ni. Mesti penat kan? Hehe..


Anyways, thank you Muhammad Fadli sebab meluangkan masa yang ada untuk sayang. Walaupun pada mulanya sayang merengek tak nak balik. Sebab lepas ni bukan senang kita nak jumpa kan. I love you Muhammad Fadli.

0 comments: