THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, September 12, 2013

Sang Misteri

Aku selalu perhatikan kau dari jauh. Aku tak mampu berjalan bersaing dengan dirimu. Yang aku mampu hanyalah mengikuti dirimu dari belakang. Mengharapkan suatu hari nanti kau akan menoleh dan melihat aku yang di belakangmu sentiasa menyokong tak kira apa jua keadaan. Tapi aku tahu kau tidak pernah sekali sedar kewujudan aku selama ini. Tak mengapa kerana aku bukanlah bintang yang bercahaya di langit di mana orang perlu memandang tinggi hanya semata-mata untuk melihatnya. Tapi aku bagai bayang yang hanya berada di bawah yang kadangkala tiada siapa pun ingin melihatnya. Tipulah jika aku kata aku tak pernah cuba menghampiri kau. Sering kali aku mencuba. Namun, setiap kali aku berbuat demikian, dirimu semakin jauh. Semakin aku kejar, semakin jauh kau lari. Andai kata aku berhenti mengejar dirimu, adakah kau juga akan berhenti berlari menjauhi diriku? Dan bila aku memilih untuk berpaling darimu untuk selamanya, adakah kau akan menghalangnya? Wahai Sang Misteri, mungkin aku bukanlah orang yang layak untuk mengejarmu. Dan juga mungkin kau sedang mengejar sang misteri yang lain. Maafkan aku kerana aku tidak mampu mengejar dirimu lagi. Aku juga tak mampu menyokong kau lagi kerana kau sudah pun terlalu jauh dari pandangan mataku. Tapi aku akan terus berjalan sedikit demi sedikit untuk cuba melihat keadaan kau yang jauh di hadapan sana. Semoga kau berjaya dan kecapi kebahagiaan di saat aku tiada.

0 comments: