Tak sangka permulaan perkenalan aku dan dia akan membawa kami hingga ke tahap ni. 5tahun usia perkenalan kami berdua. Asalnya dari teman game online. Dalam diam si dia memendam rasa. Apakan daya, aku tak mampu untuk membalas kembali perasaanya ketika itu sebab aku sudah dimiliki. Di saat aku kembali berseorangan, si dia pula sudah dimiliki oleh orang lain. Aku kembali melangkah dan meninggalkan si dia.
Sepanjang tempoh tu, aku tak tahu bila masanya aku dan dia mulai rapat. Dia banyak mendengar luahan aku, dia banyak support aku. Aku jadi selesa dengan kehadiran si dia. Sehinggakan hanya dialah mengetahui kesemua rahsia aku. Begitu aku mempercayai dia bahawa dia boleh menyimpan kisah aku. Yang tak akan judge siapa aku. Dan dalam diam, aku mula takut akan kehilangan dia dalam hidup aku.
Hari demi hari, bulan berganti bulan. Dari seorang kenalan, bertukar kepada sahabat. Kemudian berganti kepada best friend. Sehinggalah sampai ke satu tahap aku dan dia adalah skandal(>w<). Aku senang dengan dia, dia senang dengan aku. Aku inginkan dia menjadi milik aku. Sebab tanpa dia sedar sebenarnya aku juga menyimpan perasaan terhadapnya sejak dulu lagi. Sejak aku mula berkongsi rahsia dengannya. Tapi hubungan aku dengan dia sejak dari kenalan lagi sering mengalami halangan(sadis betul T^T).
Tapi kini, setelah usia hubungan kami mencecah 5tahun, aku dan dia bercouple. Aku berjaya memiliki dia. Sungguh, dia yang paling memahami aku. Dia mampu bertahan dengan perangai aku. Tidak seperti yang lain hanya bertahan kerana terpaksa. Semoga hubungan aku dan dia dipermudahkan. Dan aku tak mampu menjamin bagaimana keadaan aku sekiranya aku kehilangan dia kerana kehilangan dia bagaikan kehilangan dia buat selamanya.
Mohamad Amir Fizal, I do love you and I don't want to lose you too.
Wednesday, May 18, 2016
Bertahun Usia Perkenalan Kita
Diceritakan Oleh Aihara Hinata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment