Nak kata mulut aku ni gatal, boleh tahan juga la. Dah berapa lama ye aku tak suarakan apa yang terlintas dekat fikiran aku? Asalnya soalan tu soalan random dan mencuba nasib je tapi tak sangka ada positif feedback. Dan sebenarnya isu ni dah berlaku seminggu yang lepas. Tapi minggu ni tambah lagi satu isu. Meh sini aku cerita isu yang pertama dahulu.
Pada suatu hari masa aku tengah praktikal dalam gym, tetiba je akal ni terlintas nak tanya soalan pada mama. Aku terfikir nak bawa Amir jumpa parent aku memandangkan dah lama aku kenal dengan dia dan aku pun hampir habis degree(In Shaa Allah). 5tahun tu kitorang berkawan. Dari stage bawah sampai la naik ke stage insan yang istimewa. So, aku tanyakan mama boleh tak aku bawa Amir jumpa mereka. Masa awalnya aku tak harapkan apa-apa. Malah aku terfikir mungkin kena reject(=3=). Then keluar soalan dari mama, "Nak bawa jumpa bila?" Terus aku mengelupur cuak(haha >w<). Aku cadangkan je la time raya sebab tu je la masa yang sesuai yang aku rasa. Dan mama buat lagi aku tak senang duduk dengan mengutarakan ideanya suruh Amir datang ke kampung je terus sebab time raya kami selalunya berada seminggu di kampung. Kalau bawa dia ke sana, aku mampu ber"huhu" je la. Dua-dua pasti kena basuh nanti. Dan isu ni terhenti di sini je lepas aku katakan pada Amir.
Isu keduanya pula, aku dengan Amir tetiba bangkitkan isu hantaran pada hari terakhir aku praktikal iaitu hari ini. Bertekak punya pasal, macam la aku yang tentukan hantaran kawin tu (=_='). So dengan selamber untuk kali keduanya, aku tanya mama pasal hantaran kawin. Sembang punya sembang boleh la kut anggap tu kata putus untuk sementara ni. Dan terbuka lagi sekali isu bila Amir nak datang(huhu).. Memandangkan hujung bulan ni mama suruh balik, aku mencadangkan untuk Amir datang masa aku cuti seminggu tu. Tak payahlah kami kena basuh time raya nanti(T^T). Macam mana pun aku tetap kena tanya hal ni dekat abah juga. Mama suruh call abah dan tanya sendiri. Fuhh, pasal abah ni pun aku risau sebab setakat ni aku tak pernah lagi bawa sesiapa jumpa dengan abah. Dengan perasan gemuruh, aku call abah dan cakap nak bawak "kawan" datang jumpa dengan abah. Bila abah tanya siapa kawan tu, aku tetap mengatakan kawan. Dengan nada selamba abah kata, "Nanti datang bawa sejadah, tasbih, jadi imam sekali ye." Ternganga mulut aku bila abah cakap macam tu. Memahami betul abah aku ni.
Jadi sekarang ni aku tunggu nak confirmkan bila hari yang betul-betul aku nak bawa Amir datang jumpa parent aku. Kali ni aku nekad nak dapatkan restu dari parent aku untuk hubungan ni sebab aku bukan makin muda. Dulu boleh la cinta monyet ja. Tapi sebab cinta monyet tu pun huru-hara hidup aku(=3=). Apa-apa pun, doakan segalanya dipermudahkan. Aminn...
Friday, May 20, 2016
Tidak Sangka
Diceritakan Oleh Aihara Hinata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment